15 Tip Pengisian Program Sempena Cuti Sekolah
Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang
dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang
baik pada
kamu seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.
Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga
boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak
(cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni
mempertahankan diri.
Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR pada tahun (year) hadapan,
pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang
cuti sekolah ini. Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu
lupa menyiapkan tugasan tersebut ya.
Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku
cerita (story) kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan
memberi
keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.
Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library).
Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih
rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan
pengajaran.
Melawat sanaksaudara
Ambillah peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali
persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak
bertemu.
Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau
pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat
menambah ilmu pengetahuan (knowledge) kamu.
Bersiar bersama keluarga
Ketika cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar
bersiarsiar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat
mengeratkan lagi hubungan (relationship)
kekeluargaan.
Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti
masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu
pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan (body).
Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata
sesekali ringankan tangan adik-adik membantu ibu mengemas rumah dan
bilik tidur (bedroom). Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan
hariannya.
Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan
kegemaran (favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka
sehingga lupa untuk membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
Beriadah bersama kawan
Adik-adik juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama
kawankawan di taman (park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik
pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan kamu.
Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas
rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran (environment) yang
bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.
Membuat persiapan sekolah tahun hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun
hadapan. Kemas buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya.
Persiapan
awal dapat memberi motivasi awal untuk belajar.
No comments:
Post a Comment