Sunday, 30 June 2013

PASUKAN KELANTAN GO! GO! GO!!!!!!!!

Foto Menarik


Bukit Jalil: Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak yakin kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut membuktikan mereka masih lagi pasukan yang digeruni selepas gagal dalam kempen Liga Super musim ini.
Jelas pengendali dari Croatia itu, kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Takzim (DT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin cukup penting untuk memberikan keyakinan kepada pemain-pemain dalam mengharungi baki Liga Super dan sebelum memulakan kempen mengekalkan gelaran Piala Malaysia Ogos depan.

“Ini trofi yang sangat penting. Ramai pihak yang membandingkan pasukan ini dengan pasukan tahun lalu yang memenangi tiga kejuaraan. Pasukan ini kehilangan beberapa pemain tahun ini namun kami semakin meningkat selepas permulaan yang agak perlahan dalam saingan liga.
“Keputusan malam ini membuktikan kami memiliki pasukan yang boleh mengalahkan semua pasukan. Ia akan memberikan kami keyakinan dan mendapat penghormatan daripada pasukan lain,” tambahnya.

Kelantan yang melakar sejarah merangkul tiga gelaran musim lalu sudah terlepas kejuaraan Liga Super apabila kini menduduki tangga kelima dengan 30 mata, 10 mata di belakang pendahulu LionsXII ketika saingan berbaki dua lagi perlawanan.

Biarpun terlepas kejuaraan itu, namun Hodak pasti lega kerana anak buahnya masih dapat beraksi di Piala AFC tahun depan atas tiket juara Piala FA dan kini mempunyai tonik terbaik sebelum memulakan kempen Piala Malaysia Ogos ini.


“Kami berdepan kesukaran dalam saingan liga kerana perlu memberikan komitmen dalam Piala AFC. Kadang kala kami tidak dapat membuat persiapan terbaik kerana keletihan. Tapi bagi perlawanan ini (Piala FA) kami mempunyai masa untuk membuat persiapan. Kami tahu jika kami menyerang, kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya yang menyaksikan jaringan Mohd Nor Farhan Mohammad pada minit ke-15 sudah cukup untuk Kelantan melakar sejarah menjadi pasukan ketiga muncul juara dua tahun berturut-turut Piala FA selepas Kuala Lumpur (1993/94) dan Kedah (2007/08).


HOREY!!!!!!!!!MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 27 June 2013

HUJAN MELANDA MELENYAPKAN JEREBU!!!!!!!!

Negara dilanda jerebu lagi

“Sekeping penutup muka yang dibuat daripada kertas mahu dijual dengan harga 50 sen sekeping?
“Memang mahal dan tidak munasabah betul,” itulah kata-kata seorang bapa apabila anaknya yang berada di sekolah rendah memberitahunya mengenai penutup muka yang dijual 50 sen sekeping di sebuah kedai. 
Menurut bapa itu, biasanya penutup muka jenis kertas itu dijual antara RM7 hingga RM9 untuk satu kotak yang mengandungi 100 keping penutup muka bergantung kepada kualitinya. 

Tinjauan di pekan Rawang, Selangor mendapati farmasi runcit melaporkan peningkatan jualan penutup muka surgikal dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, mungkin ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada masalah jerebu yang melanda sekarang ini.

“Kami hampir kehabisan stok. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai pelanggan bertanyakan pasal pe­nutup muka. 

“Sebelum masalah jerebu bermula, sukar bagi kami nak jual walaupun sekotak penutup muka tetapi kini setakat enam hingga lapan kotak sehari memang tiada masalah,” kata pemilik farmasi di Bandar Country Homes, Rawang yang ingin dikenali sebagai Lee. 


Penutup muka 

Menurut pakar penjagaan alam sekitar, perkara terbaik perlu dilakukan ketika jerebu melanda adalah de­ngan berada dalam rumah. 

“Tetapi bagi mereka yang perlu berada di luar rumah seperti kanak-kanak sekolah, pekerja pejabat dan buruh binaan serta mereka yang memandu dan menggunakan motosikal, memakai penutup muka adalah perkara yang digalakkan. 

“Sekurang-kurangnya penutup muka menghalang debu dan habuk asap daripada memasuki sistem pernafasan mereka yang memakainya,” kata Lee. 

Kementerian Kesihatan, baru-baru ini menasihati warga Malaysia terutama warga tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan seperti lelah (asma) agar mengelak daripada terlalu lama berada di luar rumah. 

Peniaga alat penyaman udara juga melaporkan peningkatan dalam jualan alat yang mempunyai pembersih udara kebelakangan ini. 

“Pelanggan mahukan penyaman udara yang mempunyai komponen pembersih udara atau ‘ioniser’ kerana ia membantu membersihkan udara yang tidak sihat,” jelas seorang daripada pembekal itu. 

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr Shuhaimi Jamil berkata, lebih ramai pesakit yang mahu rawatan bagi batuk, masalah pernafasan dan sakit mata dijang­ka mengunjungi kliniknya. 

“Daripada pengalaman saya yang lalu, apabila jerebu melanda, lebih ramai pesakit yang mahukan ubat bagi melegakan batuk, sakit mata dan masalah pernafasan,” katanya. 


Apa itu jerebu? 

Menurut pensyarah yang juga warga penjagaan alam sekitar, Amin Iskandar, jerebu muncul disebabkan zarah halus di udara. 

“Dalam konsentrasi tinggi, zarah ini akan bertaburan serta menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang hingga berlakunya seolah-olah alam sekeliling menjadi redup. 

“Jerebu bukannya ha­nya berlaku di kawasan bandar, malah boleh wujud di kawasan pedalam­an,” katanya. 

Zarah itu datang daripada pelbagai sumber termasuk yang wujud secara semula jadi dan yang ‘antropogenik’ (muncul kerana proses tindakbalas). 

“Kebanyakan daripada zarah ini terbit hasil daripada kegiatan yang dilakukan manusia seperti pembakaran terbuka bagi tujuan penanaman, pembukaan tanah hutan, peng­gunaan kenderaan serta pembakaran bahan api dalam industri,” ujarnya. 


Pembentukan jerebu 

“Pada satu-satu masa dalam setahun terutama semasa musim Monsun Barat Daya, pergerakan udara secara menegak akan berkurangan. 

“Pengurangan berat udara ini tidak merangsang pembentukan awan secara aktif lalu menyebabkan cuaca menjadi kering. 

“Terdapat juga beberapa faktor yang memanjangkan musim panas dan terdapatnya banyak pencemaran udara adalah suasana sesuai bagi pembentukan jerebu,” kata­nya. 

Menurutnya, zarah yang muncul di atmosfera akan terperangkap dalam udara yang tidak bergerak menyebabkan kumpulan partikel ini menjadi mendap dan membentuk jerebu. 


Bagaimana hilangkan jerebu? 

Zarah dalam udara boleh dihilangkan melalui beberapa proses. 

Tarikan graviti akan membuat zarah yang lebih berat jatuh ke bumi manakala zarah yang lebih ringan boleh dihilangkan melalui ‘rainout’ atau kondensasi wap air lalu membentuk titisan air sehingga membentuk awan. 

Zarah ini juga boleh dihilangkan melalui proses pe­nyatuan dengan titisan hujan semasa berlakunya hujan dan dinamakan ‘washout’. 

Satu cara lagi adalah melalui mekanisme ‘turbulence’ iaitu zarah jerebu ditiup kuat ke lapisan lebih tinggi dalam atmosfera. 

“Kejadian hujan lebat serta ribut petir adalah lebih berkesan manakala hujan yang sekejap dan tidak lebat kurang cekap dalam menghilangkan jerebu,” terang beliau lagi. - BERNAMA

Sunday, 23 June 2013

JEREBU OH JEREBU!!!!!!?????

JEREBU MELANDA......


Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.

Bacaan IPU di Muar terus positif, Port Dickson berbahaya

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi ini, berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang semalam.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335. 
Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249. 

Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.
Foto
Bandar Muar dilihat daripada Jambatan Sultan Ismail. FOTO Shahrul M Zain

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 83  12 Google +

Tips ketika jerebu melanda......

Jerebu Mengancam Kesihatan – Tips Ketika Jerebu

by KertasPaper · 1 comment
kaburJerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Fenomena jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Sebagai pengetahuan kita, partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak serta berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu yang boleh mengancam kesihatan sesorang individu. Antara kesan-kesan tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasasukat untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung berair, kerap bersin, mata pedih dan berair, sakit dada dan kulit badan akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptom-simptom demikian adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.


Tuesday, 11 June 2013

CHEESE KEK

KEK YANG SANGAT SEDAPPP...



Kek Lapis Cheese

 

Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )

  • 10 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 280 gm gula kastor
  • 250 gm topflour(wheat flour)
  • 1 sudu makan ovelette
  • 100 gm air ais(air sejuk)
  • 250 gm krim keju(nak letak xtra keju parut pun lagi sodap..)
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 400 gm mentega

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula keju dan gaul lagi hingga rata.
  6. Bakar berlapis2 hingga masak...
  7. Guna api bhgn atas sehingga lapisan habis.Bila siap semua lapisan brla bakar mgunakan api atas n bawah lebih kurang dlm 10-15 minit.
  8. Siap...

Keju (dari perkataan bahasa Portugis: queijo) adalah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu. Lazimnya, susu dijadikan asid dan tambahan renetyang menyebabkan penggumpalan. Pepejal-pepejal itu kemudiannya dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir. [1] Sesetengah keju juga mengandungi kulat, sama ada pada kulit luar atau secara keseluruhannya.
Ratusan jenis keju telah dihasilkan. Gaya, tekstur dan perisa mereka yang berbeza bergantung pasa asal susu tersebut (termasuk diet binatang itu), sama ada ia telah dipasteur, kandungan lemak mentega, spesis bakteria dan kulat, dan pemprosesan termasuk tempoh penuaan. Herba, rempah, atau asap kayu boleh digunakan sebagai ejen-ejen perisa. Warna kekuningan ke merah-merahan pada keju-keju adalah hasil menambah annatto. Keju boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dalam pelbagai hidangan; kebanyakan keju cair apabila dipanaskan.
Untuk beberapa keju, susu dibekukan dengan menambahkan asid-asid seperti cuka atau jus lemon. Kebanyakan keju dijadikan asid untuk darjah lebih rendah oleh bakteria, yang menukar gula susu kepada asid laktik, ketika tambahan renet menyelesaikan mendadih. Alternatif-alternatif vegetarian untuk renet adalah boleh didapati; kebanyakn adalah dihasilkan oleh penapaian kulat Mucor miehei, tetapi lain telah dikeluarkan daripada pelbagai spesies Cynara keluarga tisel.
Keju telah menjalankan seperti satu pagar hidup pada kebuluran dan adalah satu makanan perjalanan yang bagus. Ia adalah berharga untuk kemudahalihannya, panjang umur, dan kandungan tinggi lemak, protein, kalsium, dan fosforus. Keju adalah lebih padat dan mempunyai satu lebih hayat simpanan panjang berbanding susu yang dibuat daripadanya. Cheesemakers berhampiran kawasan tenusu boleh bermanfaat dari susu yang lebih segar, harga lebih rendah, dan kos perkapalan lebih rendah. Tempoh simpan lama keju membenarkan ia dijual apabila pasaran lebih baik

Cheese kek


Monday, 10 June 2013

BUAH NAGA ( DRAGON FRUIT )

KHASIAT BUAH NAGA
Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

KEBAIKAN
Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak

Thursday, 6 June 2013

MENJELANG HARI BUKA SEKOLAH

CUTI SEKOLAH AKAN BERAKHIR HUJUNG MINGGU INI.

Biasanya apabila anak-anak sudah terlalu lama bercuti, mereka akan merasa malas untuk memulai mood untuk belajar.Terutama untuk bangun awal pada waktu pagi..di sini cabaran untuk ibubapa apabila mau membangunkan anak-anak...


Selain itu, jalan pun mulai sesak apabila hari sekolah mulai bermula..selalunya kalau hari cuti sekolah jalanraya tidak begitu sesak kerana bas-bas sekolah tidak berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah. Tetapi lain pula tempat yang sesak....tempat kompleks membeli belah,tempat-tempat melancong dan pantai atau pulau..Kebiasaannya di tempat-tempat seperti inilah yang sering dikunjungi oleh ibubapa dan anak-anak untuk menghabiskan masa bercuti dan bersantai bersama.

Walau bagaimana pun, cuti sekolah lah hari-hari yang di tunggu oleh anak-anak, selain itu ibubapa juga apa kurangnya..Di waktu cuti sekolah ibubapa selalunya mengambil cuti yang panjang untuk bersama-sama dengan anak setelah penat bekerja sepanjang tahun.Kalau anak-anak gembira semasa cuti,ibubapa juga gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak mereka.Oleh itu,bersemangat lah untuk memulai hari persekolahan dan berkerja,sehingga hari-hari kita dipenuhi dengan sukacita.



SELAMAT PERGI KE SEKOLAH....










Tuesday, 4 June 2013

SUKACITA..SUKACITA...


Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.
Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan.