Sunday, 23 June 2013

JEREBU OH JEREBU!!!!!!?????

JEREBU MELANDA......


Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.

Bacaan IPU di Muar terus positif, Port Dickson berbahaya

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi ini, berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang semalam.
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335. 
Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249. 

Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.
Foto
Bandar Muar dilihat daripada Jambatan Sultan Ismail. FOTO Shahrul M Zain

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24 83  12 Google +

Tips ketika jerebu melanda......

Jerebu Mengancam Kesihatan – Tips Ketika Jerebu

by KertasPaper · 1 comment
kaburJerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Fenomena jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Sebagai pengetahuan kita, partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak serta berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu yang boleh mengancam kesihatan sesorang individu. Antara kesan-kesan tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasasukat untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung berair, kerap bersin, mata pedih dan berair, sakit dada dan kulit badan akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptom-simptom demikian adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.


No comments:

Post a Comment