Thursday, 6 June 2013

MENJELANG HARI BUKA SEKOLAH

CUTI SEKOLAH AKAN BERAKHIR HUJUNG MINGGU INI.

Biasanya apabila anak-anak sudah terlalu lama bercuti, mereka akan merasa malas untuk memulai mood untuk belajar.Terutama untuk bangun awal pada waktu pagi..di sini cabaran untuk ibubapa apabila mau membangunkan anak-anak...


Selain itu, jalan pun mulai sesak apabila hari sekolah mulai bermula..selalunya kalau hari cuti sekolah jalanraya tidak begitu sesak kerana bas-bas sekolah tidak berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah. Tetapi lain pula tempat yang sesak....tempat kompleks membeli belah,tempat-tempat melancong dan pantai atau pulau..Kebiasaannya di tempat-tempat seperti inilah yang sering dikunjungi oleh ibubapa dan anak-anak untuk menghabiskan masa bercuti dan bersantai bersama.

Walau bagaimana pun, cuti sekolah lah hari-hari yang di tunggu oleh anak-anak, selain itu ibubapa juga apa kurangnya..Di waktu cuti sekolah ibubapa selalunya mengambil cuti yang panjang untuk bersama-sama dengan anak setelah penat bekerja sepanjang tahun.Kalau anak-anak gembira semasa cuti,ibubapa juga gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak mereka.Oleh itu,bersemangat lah untuk memulai hari persekolahan dan berkerja,sehingga hari-hari kita dipenuhi dengan sukacita.



SELAMAT PERGI KE SEKOLAH....










No comments:

Post a Comment