Sunday 30 June 2013

PASUKAN KELANTAN GO! GO! GO!!!!!!!!

Foto Menarik


Bukit Jalil: Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak yakin kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut membuktikan mereka masih lagi pasukan yang digeruni selepas gagal dalam kempen Liga Super musim ini.
Jelas pengendali dari Croatia itu, kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Takzim (DT) pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin cukup penting untuk memberikan keyakinan kepada pemain-pemain dalam mengharungi baki Liga Super dan sebelum memulakan kempen mengekalkan gelaran Piala Malaysia Ogos depan.

“Ini trofi yang sangat penting. Ramai pihak yang membandingkan pasukan ini dengan pasukan tahun lalu yang memenangi tiga kejuaraan. Pasukan ini kehilangan beberapa pemain tahun ini namun kami semakin meningkat selepas permulaan yang agak perlahan dalam saingan liga.
“Keputusan malam ini membuktikan kami memiliki pasukan yang boleh mengalahkan semua pasukan. Ia akan memberikan kami keyakinan dan mendapat penghormatan daripada pasukan lain,” tambahnya.

Kelantan yang melakar sejarah merangkul tiga gelaran musim lalu sudah terlepas kejuaraan Liga Super apabila kini menduduki tangga kelima dengan 30 mata, 10 mata di belakang pendahulu LionsXII ketika saingan berbaki dua lagi perlawanan.

Biarpun terlepas kejuaraan itu, namun Hodak pasti lega kerana anak buahnya masih dapat beraksi di Piala AFC tahun depan atas tiket juara Piala FA dan kini mempunyai tonik terbaik sebelum memulakan kempen Piala Malaysia Ogos ini.


“Kami berdepan kesukaran dalam saingan liga kerana perlu memberikan komitmen dalam Piala AFC. Kadang kala kami tidak dapat membuat persiapan terbaik kerana keletihan. Tapi bagi perlawanan ini (Piala FA) kami mempunyai masa untuk membuat persiapan. Kami tahu jika kami menyerang, kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya yang menyaksikan jaringan Mohd Nor Farhan Mohammad pada minit ke-15 sudah cukup untuk Kelantan melakar sejarah menjadi pasukan ketiga muncul juara dua tahun berturut-turut Piala FA selepas Kuala Lumpur (1993/94) dan Kedah (2007/08).


HOREY!!!!!!!!!MENANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment